Saturday, August 11, 2012

Rukun Solat Jumaat

 Solat Sunat Jumaat
 
Solat sunat Jumaat ini iaitu solat yang dilakukan bagi mengiringi solat Jumaat sama ada sesudah atau sebelumnya. Rasulullah s.a.w mengerjakan solat sunat Jumaat ini sebanyak dua rakaat sesudah solat Jumaat di rumah baginda.
 
NIAT SEMBAHYANG JUMAAT
 
 
 
 
 Usalli fardhaz Juma'ati raka'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala
 
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta'ala.


DALIL
Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada para sahabat yang selesai solat Jumaat untuk solat sebanyak empat rakaat dengan sekali salam. Demikianlah yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Umar dan Abu Hurairah.
 
Syarat syarat bagi menunaikan solat jumaat ni pula...                           
  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat jumaat

  1. Didirikan didalam waktu Zohor.
  2. Ditetapkan tempat mendirikan solat jumaat seperti masjid, padang dan sebagainya.
  3. Berjemaah sekurang-kurangnya 40 jemaah yang tinggal tetap di kawasan.
  4. Didulukan dengan dua khutbah.

No comments:

Post a Comment